Page 20 - Raja Payung Negara
P. 20
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Bahagian IV
Persekutuan
Bab 1- Ketua Utama Negara
Perkara 32: Ketua Utama Negara bagi Persekutuan dan Isterinya

(1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan,
digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada
segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-
apa jua pun prosiding di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam
Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.

(2) Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah
diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas
Yang di-Pertuan Agong.

(3) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja bagi
tempoh lima (5) tahun, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan
jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang
ditujukan kepada Majlis Raja-Raja atau boleh dipecat daripada jawatannya
oleh Majlis Raja-Raja, dan hendaklah berhenti memegang jawatan apabila
terhenti menjadi Raja.

(4) Peruntukan Bahagian I dan III Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi
pemilihan dan pemecatan Yang di-Pertuan Agong.

004 Raja Payung Negara Daulat Sepanjang Zaman
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25