Page 23 - Raja Payung Negara
P. 23
ILIHAN
YANG DI-PERTUAN
AGONG

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat melalui
undian sulit antara sembilan orang Raja-Raja
Melayu. Apabila seorang raja yang ditawarkan
menjadi Yang di-Pertuan Agong menerima
tawaran tersebut, maka Majlis Raja-Raja Melayu
akan mengisytiharkan Baginda dipilih menjadi
Yang di-Pertuan Agong dan Penyimpan Mohor
Besar Raja-Raja akan memberitahu keputusan
pemilihan itu secara bertulis kepada kedua-kedua
Dewan Parlimen, iaitu Dewan Negara dan Dewan
Rakyat.

Pada asasnya, setiap Raja layak menjadi Yang di-Pertuan
Agong. Namun begitu, terdapat beberapa keadaan
yang boleh menyebabkan seorang Raja tidak dipilih.
Antara sebab-sebabnya termasuklah:

• Belum dewasa;
• Tidak berhasrat untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong;

dan:-
• Lain-lain sebab berkaitan dalam tatacara dan urusan

pelantikan Yang di-Pertuan Agong.

Negara melakar sejarah apabila Yang di-Pertuan Agong V
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah satu-satunya
Sultan yang ditabal menjadi Ketua Utama Negara sekali lagi
sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV.

Baginda Tuanku sedang membaca lafaz ikrar sebagai Yang di-Pertuan Agong V
pada lantikan kali pertama (1970-1975)

007Raja Payung Negara Daulat Sepanjang Zaman
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28