Page 25 - Raja Payung Negara
P. 25
KEDUDUKAN

Yang di-Pertuan Agong
berada pada kedudukan yang
paling tinggi di dalam negara
mengatasi segala individu di
dalam Persekutuan dan diikuti
oleh Raja Permaisuri Agong.

Kedudukan berikutnya disandang
oleh Raja-Raja Negeri dan
Yang di-Pertua keempat-
empat negeri, iaitu Pulau Pinang,
Melaka, Sabah dan Sarawak. Seorang
Raja dianggap berdaulat dan menjadi
tonggak bagi menyatupadukan rakyat,
mengamankan dan memakmurkan
negeri. Masyarakat Melayu diasuh
supaya tidak menderhaka kepada raja
dan perlu taat serta setia kepadanya.
Pelbagai cara digunakan untuk
mendaulatkan kedudukan Raja. Antara
simbol melambangkan kedaulatan
kedudukan Raja dizahirkan dengan
penggunaan bahasa, warna, alat
kebesaran dan muzik diraja.

Raja dan Sultan Payung Negara kesayangan rakyat
jelata

009Raja Payung Negara Daulat Sepanjang Zaman
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30