Page 31 - Raja Payung Negara
P. 31
ANG KUASA YANG
DI-PERTUAN AGONG

KUASA
PENGAMPUNAN

Dalam hal-hal jenayah di Wilayah
Persekutuan, apabila segala
saluran dan cara keadilan
telah habis diikhtiarkan, seseorang
yang sudah dihukum masih boleh
lagi memohon keampunan daripada
Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai
langkah terakhir. Dalam menjalankan
kuasa pengampunan ini, Baginda akan
bertindak atas nasihat sebuah Lembaga
Pengampunan yang terdiri daripada tiga
orang ahli yang dilantik oleh Baginda
sendiri. Peguam Negara atau wakilnya,
dan Menteri yang bertanggungjawab
atas Wilayah Persekutuan. Baginda juga
berkuasa mengampun, menangguh dan
meringankan hukuman yang dijatuhkan
oleh Mahkamah Tentera dan hukuman
yang dijatuhkan oleh Mahkamah
Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah,
Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

Menyempurnakan Istiadat Sambutan Hari Pahlawan
2016 di Kem Perdana Sungai Besi

015Raja Payung Negara Daulat Sepanjang Zaman
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36