Page 32 - Raja Payung Negara
P. 32
KETENTERAAN

Yang di-Pertuan Agong ialah
pemerintah tertinggi seluruh
Angkatan Tentera Malaysia.
Baginda dibantu oleh Majlis Angkatan
Tentera yang ditubuhkan untuk
pemerintahan, menjaga tatatertib,
menjaga pentadbiran Angkatan
Tentera serta lain-lain mengenainya
kecuali perkara yang bersangkutan
dengan gerakan tentera. Baginda
yakin dan berharap sikap taat setia
serta pengorbanan yang dizahirkan
Angkatan Tentera Malaysia merupakan
penghormatan tertinggi diterima
Kerajaan Baginda dan negara. Seri
Paduka Baginda telah dilantik menjadi
Kolonel Yang Di-Pertua Kor Peninjau
Malaysia pada 23 Mac 1966 sehinggalah
tarikh Baginda dipilih sebagai Yang
di-Pertuan Agong Yang Kelima pada
23 Julai 1970. Dengan pelantikan
Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong,
Baginda juga menjadi Pemerintah
Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.
Selepas Baginda menamatkan tempoh
pemerintahan Baginda sebagai Yang
di-Pertuan Agong V, Baginda telah
dilantik pula menjadi Kolonel Yang
Di-Pertua Rejimen Askar Melayu Diraja
pada 23 September 1975. Kini dengan
pelantikan Baginda sebagai Yang
di-Pertuan Agong XIV, Baginda juga
sekali lagi merupakan Pemerintah
Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

016 Raja Payung Negara Daulat Sepanjang Zaman
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37