Page 35 - Raja Payung Negara
P. 35
SEKATAN

Sungguhpun kuasa Yang di-Pertuan
Agong itu luas, tetapi ada sekatan
yang dikenakan terhadap Baginda.
Antara sekatan-sekatan itu termasuklah:
• Menjalankan tugas Raja di negerinya,

kecuali tugas sebagai Ketua Agama
Islam;
• Memegang jawatan yang ada
bayaran sara baginya;
• Mengambil bahagian dalam apa-apa
perniagaan;
• Menerima apa jenis bayaran yang
boleh dibayar atau yang berhak
kepadanya sebagai Raja di negerinya;
• Dengan persetujuan Majlis Raja-Raja
Melayu, meninggalkan Persekutuan
lebih daripada 15 hari, kecuali atas
urusan negara ke suatu negeri lain.

Walau bagaimanapun, Baginda tidak
terhalang daripada menggunakan
kuasa sebagai Raja di negeri Baginda,
sama ada perseorangan atau dengan
pihak kuasa yang lain, untuk meminda
perlembagaan negeri Baginda atau
untuk melantik Pemangku Raja atau Ahli
Jemaah Pemangku Raja atau perkara-
perkara lain yang telah ditentukan
berkaitan dengan ini. Ketetapan dan
peraturan bagi kedudukan Baginda ini
adalah terkena kepada Timbalan Yang
di-Pertuan Agong yang menjalankan
tugas Yang di-Pertuan Agong lebih
daripada 15 hari.

019Raja Payung Negara Daulat Sepanjang Zaman
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40