Page 58 - Raja Payung Negara
P. 58
i Paduka Baginda telah bertemu jodoh dengan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Almarhumah Tuanku Hajah Bahiyah
binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 10 Mac 1956 di
Istana Sri Menanti, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Almarhumah ialah puteri sulung Duli
Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
ketika itu (kemudiannya Yang di-Pertuan Agong yang pertama
Persekutuan Tanah Melayu). Seri Paduka Baginda Tuanku
dikurniakan tiga orang puteri, iaitu:

• Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Dato’ Seri
DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku
Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah (1966);

• Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tunku Soraya binti
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah, (1961); dan

• Yang Teramat Mulia Tunku Sarina binti Tuanku Alhaj
Abdul Halim Mu’adzam Shah, (1961) - mangkat pada
31 Ogos 1991.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Almarhumah Tuanku Sultanah
Hajah Bahiyah telah mangkat di Istana Kuala Chegar, Anak
Bukit, Alor Setar, Kedah pada 26 Ogos 2003. Semoga roh
Almarhumah dicucuri rahmat Allah SWT.

042 Raja Payung Negara Daulat Sepanjang Zaman
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63