Page 56 - Raja Payung Negara
P. 56
AYAT HIDUP

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV
Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul
Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
diputerakan pada 28 November 1927. Seri Paduka Baginda
mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah
sebelum menyambung pelajaran Baginda di Maktab Sultan
Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Minat Baginda yang mendalam terhadap bidang ilmu dan
pendidikan telah mendorong Baginda untuk berangkat ke
United Kingdom bagi menyambung pelajaran di Wadham
College, Oxford, London pada awal tahun 1952 dalam jurusan
Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam. Sewaktu di
United Kingdom, Baginda telah dilantik sebagai Raja Muda
Negeri Kedah pada 6 Ogos 1949.

040 Ayahanda dan bonda Tuanku Alhaj Abdul Halim,
Sultan Badlishah dan Tunku Sofiah.

Raja Payung Negara Daulat Sepanjang Zaman
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61