Page 57 - Raja Payung Negara
P. 57
Sekembalinya Seri Paduka Baginda
Tuanku ke tanah air setelah menamatkan
pengajian di luar negara pada tahun
1955, Baginda telah berkhidmat
di Pejabat Daerah Alor Setar dan
kemudiannya di Perbendaharaan Negeri
Kedah. Pada 9 Mac 1957, Baginda telah
dilantik menjadi Pemangku Sultan
Kedah sewaktu Almarhum Duli Yang
Maha Mulia Sultan Badlishah berangkat
ke luar negara pada 12 Mac hingga
3 Julai 1957.

Tuanku Alhaj Abdul Halim (dua dari kiri) bersama ayahanda dan bonda serta adik-beradik pada tahun 1930-an. Dengan kehendak dan izin Allah SWT
Seri Paduka Baginda telah naik takhta
Kerajaan Negeri Kedah pada 14 Julai
1958 berikutan kemangkatan ayahanda
Baginda Almarhum Sultan Badlishah.
Baginda Tuanku telah ditabalkan
dengan rasminya sebagai Sultan Kedah
Darul Aman pada 20 Februari 1959.

Ketika Majlis Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong V pada 20 Februari 1971 Begitu juga dengan izin dan takdir Allah
SWT juga hendaknya pada 21 September
1965 Baginda telah dipilih menjadi
Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang
keempat oleh Majlis Raja-Raja Melayu
manakala pada tahun 1970, Majlis Raja-
Raja Melayu telah melantik Baginda
sebagai Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong V pada tahun 1970
hingga tahun 1975. Istiadat mengangkat
sumpah jawatan telah disempurnakan
pada 21 September 1970. Seri Paduka
Baginda telah ditabalkan secara rasmi
sebagai Yang di-Pertuan Agong V
pada 20 Februari 1971 dengan penuh
adat istiadat di ibu negara. Baginda
berkhidmat bagi tempoh lima tahun
sehingga 21 September 1975.

041Raja Payung Negara Daulat Sepanjang Zaman
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62