Page 10 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 10
Infomesen | 10 Inisiatif Kerajaan
Seperti yang kita tahu,
AirBorneo akan mengambil alih
pekerja dan armada MASwings
dalam masa 18 bulan. Menteri
Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri
Lee Kim Shin, menyatakan bahawa
lebih 300 kakitangan MASwings akan
diserap ke dalam AirBorneo, kecuali
yang memilih untuk tidak menyertai.
Kekosongan akan dibuka kepada
pemohon luar.
Namun demikian, walaupun
keutamaan diberikan kepada
kakitangan MASwings, mereka
yang mempunyai pengalaman
dalam industri penerbangan juga
berpeluang untuk memohon
sekiranya terdapat kekosongan.
Dato Sri Lee Kim Shin turut
mendedahkan bahawa satu
mesyuarat antara Malaysia Aviation
Group (MAG) dan MASwings
akan diadakan pada bulan Mac
lepas untuk membincangkan
proses peralihan. Beliau turut
menyatakan kesediaan untuk
menyertai perbincangan tersebut
bagi memastikan kelancaran proses
peralihan ini.
Sementelahan itu, AirBorneo
merancang operasi ke Kuala
Lumpur, Singapura dan Jakarta,
serta memindahkan ibu pejabat
ke Kuching dan penyelenggaraan
pesawat ke Miri. Latihan akan
diadakan di CENTEXS, dengan tujuan
meningkatkan kecekapan dan kualiti
penerbangan tempatan.
Oleh itu, pelancaran AirBorneo Upacara Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli di antara Kerajaan Sarawak diwakili oleh
yang telah dilaksanakan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki (kiri, depan) dan
Premier Sarawak, Abang Johari Tun Malaysia Aviation Group (MAG) diwakili Kumpulan Pengurusan Pengarah Malaysia Aviation
Abang Openg merupakan langkah Group Berhad, Datuk Kapten Izham Ismail (kanan, depan)
penting untuk memperkukuhkan
kedudukan Sarawak dalam industri
penerbangan serta meningkatkan
kesalinghubungan dan kedaulatan
ekonomi negeri.
Sehubungan dengan itu,
AirBorneo telah melancarkan logo
rasminya pada 21 Ogos 2025 lepas
yang dikenali sebagai “Wings of
Unity” di Kompleks Satria Pertiwi
yang disempurnakan oleh Premier
Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr)
Abang Abdul Rahman Zohari Tun
Datuk Abang Openg, sekali gus
menandakan pencapaian penting
menjelang permulaan operasi
AirBorneo pada Januari 2026.

