Page 57 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 57
Patriotisme 57 | Infomesen
Penamat konvoi Fasa 3 ini yang diselaraskan dengan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak
2025 yang berlangsung pada 31 Ogos 2025 bertempat di pekarangan Dewan Suarah Sarikei. Acara bermula
seawal jam 6.00 pagi dan berakhir pada tengah hari, dengan pelbagai pengisian yang mencerminkan
semangat patriotik dan perpaduan rakyat pelbagai kaum.
Antara pengisian sepanjang konvoi termasuklah majlis penyerahan Jalur Gemilang di setiap hentian,
persembahan seni budaya tempatan, kempen kesedaran sivik serta sesi interaksi bersama komuniti setempat.
Inisiatif ini turut melibatkan penyertaan aktif daripada pelajar sekolah, pertubuhan belia, agensi kerajaan dan
pemimpin masyarakat.
Antara persembahan lain yang berlangsung semasa sambutan
Persembahan choral speaking (sebutan korus) oleh pelajar SMK St Anthony Sarikei
Acara kemuncak di Dewan Suarah, Sarikei menyaksikan kehadiran lebih 8,000 orang peserta dan
pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Majlis penamat dimulakan dengan upacara
menaikkan Jalur Gemilang secara rasmi diiringi nyanyian lagu Negaraku.
Penutup rasmi konvoi ini diserikan dengan acara simbolik penyerahan Jalur Gemilang oleh Timbalan
Pengarah Penerangan Sarawak, Sri Kestury Mohammed Zamhari kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun
Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, sebagai tanda penghormatan dan penyatuan semangat kenegaraan.
Penyerahan tersebut diiringi oleh 20 peserta Konvoi KMJG yang telah menjelajah pelbagai daerah
di Sarawak, membawa mesej perpaduan dan patriotisme kepada masyarakat setempat. Sambutan tahun
ini mengangkat tema ‘Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni’, selari dengan aspirasi negara untuk membina
masyarakat yang inklusif, berintegriti dan berdaya tahan.
Menurut Sri Kestury yang juga ketua konvoi KMJG Fasa 3, beliau menzahirkan harapan agar kepelbagaian
etnik yang menjadi kekuatan negeri Sarawak dapat dijadikan titik perpaduan yang utuh bagi seluruh rakyat
Malaysia.
“Kibarlah Jalur Gemilang dengan bangga dan jayakan kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang sebagai
tanda sokongan dan cinta kita kepada negara,” ujar beliau ketika ditemui.

