Page 54 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 54
Infomesen | 54 Patriotisme
MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG DAN KARNIVAL KITA MADANI
PERINGKAT SARAWAK 2025
Kesemua peserta konvoi berkumpul di Ibu Pejabat JAPEN Sarawak seawal jam 7 pagi sebelum bergerak ke
Kompleks Sukan Satok@Padang SLPAS untuk menghadiri Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur
Gemilang dan Karnival Kita MADANI Peringkat Sarawak 2025.
Majlis peluncuran peringkat kebangsaan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar
Ibrahim di Dataran Tanjung Emas, Muar pada 27 Julai 2025, manakala peringkat negeri dirasmikan oleh Timbalan
Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak)
Datuk Abdullah Saidol pada 2 Ogos lepas.
Program ini mendapat sambutan hangat daripada orang awam serta sokongan padu daripada
Kerajaan Sarawak dan pelbagai agensi. Kawalan lalu lintas yang diketuai oleh Dayang Laila Abang Adenan,
Pegawai Perhubungan RELA Satok, berjalan lancar meskipun cuaca tidak mengizinkan. Beliau yang telah
menyertai RELA sejak 2004 berharap agar semangat cintakan negara disemai setiap hari, bukan hanya pada
bulan kebangsaan.
Sesi bergambar bersama Datuk Abdullah Saidol (empat kanan) dan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan
Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia, Muhammad Najmi Mustapha (tiga kanan) di Dewan Kompleks Sukan Satok sempena Majlis
Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sarawak 2025, mencerminkan semangat kebersamaan dan cinta
tanah air
Datuk Abdullah Saidol menyempurnakan pelepasan Konvoi Kembara
Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Sarawak 2025 di hadapan Walau hujan membasahi bumi, tidak melunturkan semangat
peserta KMJG 2025 untuk meneruskan konvoi
Kompleks Sukan Satok

