Page 58 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 58

Infomesen | 58                                                                                Patriotisme


























































                                                  Antara persembahan lain yang berlangsung semasa sambutan


               Turut memeriahkan majlis ialah
        persembahan patriotik oleh pelajar dan
        belia tempatan, termasuk deklamasi puisi,
        persembahan choral speaking, nyanyian
        lagu-lagu kebangsaan serta tarian tradisional
        yang mencerminkan kekayaan warisan etnik
        Sarawak. Sambutan ini bukan sahaja menjadi
        wadah untuk menyemai semangat patriotik,
        malah memperkukuh identiti nasional yang
        berteraskan perpaduan dan keharmonian.
               Konvoi Kembara Merdeka Jalur
        Gemilang (KMJG) 2025 Fasa 3 telah berjaya
        menghubungkan  komuniti  dari  bandar
        hingga ke pedalaman, menyampaikan
        mesej bahawa Jalur Gemilang bukan
        sekadar simbol, tetapi lambang perjuangan,
        harapan dan masa depan negara. Sarikei
        kini menjadi saksi kepada semangat yang
        tidak pernah luntur bahawa Malaysia adalah           Simbolik perasmian oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak,
        milik semua, dan Jalur Gemilang akan terus                Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
        berkibar megah sebagai panji harapan dan
        kebanggaan rakyat.
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63