Page 55 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 55
Patriotisme 55 | Infomesen
KAMPUNG TEMATU, BATU KITANG, HENTIAN PERTAMA KMJG 2025
Kampung Tematu, Batu Kitang menjadi destinasi pertama lokasi
hentian konvoi KMJG 2025. Pemilihan kampung ini sebagai titik
permulaan jelajah adalah signifikan dalam menyemarakkan
semangat patriotisme di peringkat akar umbi, khususnya dalam
kalangan komuniti setempat.
Kehadiran konvoi ke Kampung Tematu bukan sahaja
membawa simbol kebangsaan melalui kibaran Jalur Gemilang,
malah turut memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan
dan masyarakat. Suasana di lokasi berkenaan diserikan dengan
pelbagai aktiviti berinformasi, edaran bahan penerbitan serta
penyertaan aktif penduduk kampung yang menunjukkan Mohamad Sazalie Apen, Timbalan Presiden
sokongan padu terhadap kempen kenegaraan ini. Kelab Permotoran Bornshakers
Walaupun hujan turun membasahi bumi, ia tidak menjadi
penghalang kepada semangat juang para peserta konvoi.
Mereka tetap meneruskan perjalanan dengan penuh tekad dan
semangat kemerdekaan yang kental, membuktikan bahawa
semangat patriotik tidak mudah luntur walau diuji dengan
cabaran cuaca.
Bahkan, kesemua peserta konvoi disambut meriah oleh
penduduk kampung bersama Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) N.13 Batu Kitang, Dato Ir. Lo Khere Chiang sebaik tiba di
Dewan Serbaguna Kampung Tematu, Batu Kitang.
Mohamad Sazalie Apen, 54 tahun dari Kelab Permotoran Suasana meriah penuh semangat patriotik semasa
Bornshakers Kuching yang didaftarkan pada tahun 2014 dengan mengibarkan Jalur Gemilang di Dewan Serbaguna
jumlah ahli seramai 39 orang memberitahu kelabnya sering Kampung Tematu
mengikuti konvoi sejak 2015 dan akan terus mengambil bahagian
pada tahun mendatang.
Sazalie yang merupakan Timbalan Presiden Bornshakers
memberitahu, seramai 15 ahli kelab yang menunggang motosikal
berkuasa tinggi jenama Harley-Davidson tampil penuh semangat
menyertai acara kali ini.
Selain itu, Michael Mendel berketurunan Bidayuh yang
berusia 64 tahun merupakan Setiausaha Kampung Tematu turut
menyambut baik kedatangan konvoi ke kampungnya dan amat
menyokong penuh penganjuran program patriotik sebegini.
Pelepasan konvoi KMJG 2025 oleh Ahli Dewan Undangan
Menurut beliau, Kampung Tematu mempunyai lebih Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Ir. Lo Khere Chiang
daripada 800 orang penduduk yang terdiri daripada 162 di Dewan Serbaguna Kampung Tematu
buah keluarga keturunan Bidayuh dengan majoriti penduduk
menganut agama Kristian.
Setelah selesai Program JIWA@Komuniti Hari Kebangsaan
Hari Malaysia N.13 Batu Kitang dan KMJG 2025, konvoi diteruskan
melalui beberapa laluan yang telah ditetapkan menuju balik ke
Ibu Pejabat JAPEN Sarawak.
Tuntasnya, KMJG 2025 bukan sekadar konvoi, ia adalah
perjalanan jiwa, menyatukan rakyat Malaysia dalam semangat
MADANI yang murni. Dari lambaian kecil seorang anak hingga ke
langkah teguh warga emas, semuanya menyumbang kepada
satu impian besar: Malaysia yang bersatu, berdaulat dan berjiwa
merdeka. Semoga semangat ini terus hidup, bukan hanya dalam
kibaran Jalur Gemilang, tetapi dalam setiap hati rakyat Malaysia
hari ini, esok dan selamanya. KMJG 2025 bermula dengan semangat kebersamaan
di Ibu Pejabat JAPEN Sarawak

