Page 65 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 65

Patriotisme                                                                            65  | Infomesen

               Di Kampung Tema Penggal juga, Serian, konvoi
        KMJG telah diberi kesempatan bertemu pelajar dewasa
        berusia antara 30 hingga 60 tahun yang mengikuti Kelas
        Pendidikan Literasi Fungsian anjuran KEMAS. Bagi mereka,
        kemerdekaan sejati ialah kebebasan minda melalui
        cahaya ilmu yang membolehkan mereka menguasai
        asas membaca, menulis dan mengira (3M). Pendidikan
        ini menjadi titik tolak penting dalam membuka peluang
        kedua untuk memperbaiki kualiti hidup dan membina
        keyakinan diri.

               Usaha memperkasakan ekonomi masyarakat di
        sini turut dizahirkan melalui projek yang memberi peluang
        penjanaan pendapatan. Antara yang dijalankan
        adalah menjadi pembekal anak benih kopi Liberica serta
        melaksanakan Projek Tanggang Air Ikan Empurau di Sungai
        Kayan, Serian. Inisiatif ini bukan sahaja menambah sumber
        ekonomi keluarga, malah melambangkan keazaman
        masyarakat luar bandar untuk berdikari dan memajukan
        komuniti setempat.

               Sewaktu persinggahan di sekolah-sekolah pula,
        semangat patriotisme jelas terpancar semasa sambutan
        ketibaan di setiap persinggahan KMJG Fasa 4 yang
        bermula pada 8 sehingga 10 September 2025 menjelajah
        ke Sadong Jaya, Simunjan, Bau, Lundu dan Serian. Bunyi
        sorakan dan tepukan gembira para pelajar yang berbaris
        rapi dengan bendera di tangan serta wajah berseri-seri
        dan penuh dengan semangat patriotisme mencerminkan            Upacara ‘Nyapik Umo Birawan’ atau membasuh kaki
        rasa bangga mereka yang menjadi saksi detik bersejarah
        yang berlangsung di sekolah-sekolah mereka.
               Para pelajar menyanyikan lagu patriotik sambil
        mengibarkan Jalur Gemilang yang tidak hanya sekadar
        menyambut  peserta  konvoi,  tetapi  juga  menyambut
        semangat perpaduan yang dibawa oleh setiap kenderaan
        konvoi KMJG. Ini adalah saat di mana teori tentang cinta
        negara yang diajarkan di dalam kelas menjadi kenyataan
        yang hidup di hadapan mata mereka.
               Acara-acara sambutan turut dimeriahkan dengan
        persembahan tarian tradisional yang menonjolkan
        kekayaan budaya Sarawak, deklamasi sajak, bacaan ikrar
        serta pertandingan bertemakan kemerdekaan. Suasana
        ceria dan penuh semangat ini menunjukkan bahawa
        semangat kemerdekaan dan patriotisme terus hidup dan              KMJG di Kampung Tema Penggal, Serian
        diwarisi oleh generasi akan datang.
               Nyanyian lagu-lagu patriotik dari para pelajar
        menunjukkan betapa dalamnya rasa cinta mereka
        kepada tanah air. Perbualan singkat antara mereka
        dan pelajar, pertukaran senyuman dan sesi bergambar
        bersama  meninggalkan  kenangan  yang  akan  terus
        dikenang.

               Semangat para  pelajar-pelajar  juga  turut
        menyemarakkan anggota konvoi, meskipun perjalanan
        mereka panjang dan melelahkan, sambutan yang
        diterima di setiap perhentian sungguh terasa berbaloi.
        Kepenatan yang mereka rasakan hilang begitu saja saat
        melihat senyum tulus dan semangat yang menyala di
        mata anak-anak dan masyarakat.                             Komuniti Serian bangga memperagakan pakaian tradisional
                                                                                       Bidayuh
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70