Page 67 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 67

Patriotisme                                                                            67  | Infomesen


























                                        Jalur Gemilang berkibar megah di KM0 Telok Melano


               Dari bandar hingga ke hujung
        pesisir pantai, Jalur Gemilang terus
        berkibar  megah.  Begitulah Kembara
        Merdeka Jalur Gemilang (KMJG)
        2025 Fasa 4 yang menjelajah dari
        Telok Melano ke Tebedu Serian telah
        berjaya menyemarakkan semangat
        kebangsaan       dalam      kalangan
        masyarakat pelbagai lapisan di negeri
        Sarawak.

               Berbekalkan semangat kental
        ‘Agi Idup, Agi Ngelaban’ pergerakan
        KMJG yang memulakan fasa keempat
        menjelajah ke Bahagian Kuching dan
        Samarahan, Simunjan, Bau, Lundu,
        Telok Melano, Sematan dan Serian             ADUN N. 01 Opar Billy Sujang melancarkan ‘flag off’ KMJG 2025 Fasa IV di Lundu
        telah membawa semangat patriotisme
        kepada semua lapisan masyarakat
        termasuk kepada generasi muda.

               Program KMJG membuktikan
        bahawa semangat kemerdekaan terus
        hidup dalam kalangan rakyat, termasuk
        di luar bandar dan pedalaman.
        Sambutan hangat, khususnya daripada
        pelajar, menunjukkan nilai patriotisme
        terus diwarisi. KMJG juga memperkukuh
        jati diri rakyat melalui penghayatan
        Rukun     Negara,      penghormatan
        terhadap lagu Negaraku dan Jalur
        Gemilang serta nilai-nilai murni citra
        Malaysia.

               Ayuh, sama-sama kita kibarkan
        Jalur Gemilang di mana sahaja kita
        berada. Lambaikan tangan sebagai
        tanda sokongan padu kepada pasukan
        konvoi, kerana semangat kemerdekaan
        adalah milik kita semua, dari desa ke
        kota,  dari  pesisir  ke  pedalaman, dari
        hati ke jiwa tanpa mengira waktu dan         Walau panas terik, para pelajar masih bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang
        ketika.
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72