Page 68 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 68

Infomesen | 68                                                                             Info Kesihatan




























































        Wellness  on  Wheel (WoW), inisiatif


        kesihatan bergerak untuk komuniti


           Oleh: Norhafizah Yusof


        Kesihatan diri merupakan aspek penting dalam kehidupan seharian, merangkumi kesejahteraan fizikal, mental
        dan emosi. Program Wellness on Wheel (WoW) adalah inisiatif inovatif yang diperkenalkan oleh Kementerian
        Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) untuk memastikan perkhidmatan
        kesihatan mudah diakses oleh masyarakat, terutamanya di kawasan terpencil.

               Dengan konsep turun padang (Outreach), WoW menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan yang
        berkualiti melalui trak bergerak yang lengkap dengan kemudahan moden.

               Dalam sesi Townhall ANMS 2025 yang berlangsung di Auditorium, Pustaka Negeri Sarawak, pelbagai
        pihak berkongsi pandangan mengenai keberkesanan Program WoW. Penolong Pengarah Kanan Jabatan
        Kesihatan Negeri Sarawak, Nur Azli Yaacob, 58, menyatakan bahawa sambutan orang ramai merupakan
        cabaran utama dalam memastikan keberkesanan program ini.

               “Biasanya, WoW hanya bergerak berdasarkan permintaan. Sebelum melaksanakan sesuatu program,
        kami memastikan kehadiran mencukupi agar perkhidmatan benar-benar dimanfaatkan. Ini penting kerana
        program ini memerlukan tenaga kerja yang ramai serta peralatan kesihatan yang lengkap,” jelas beliau.
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73