Page 2 - Inisiatif Sejahtera Malaysia MADANI Siri 1/2025 - Rang Undang-Undang
P. 2

RUU Komunikasi dan Multimedia
                               (Pindaan) 2024





                   Tarikh Lulus       Tarikh Lulus    Tarikh Kuat Kuasa/
                  Dewan Rakyat       Dewan Negara          Status
                 9 Disember 2024   16 Disember 2024    11 Februari 2025


            Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024
            merupakan pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta
            588) yang bertujuan untuk memperkukuh keselamatan dan perlindungan
            pengguna dalam ekosistem digital negara.
            Pindaan ini bertujuan untuk memperkukuh perlindungan pengguna,
            khususnya kanak-kanak, serta menangani ancaman siber yang semakin
            meningkat seperti eksploitasi seksual, penipuan dalam talian dan buli siber.

            Seksyen 233 di bawah Akta 588 tidak dimansuhkan untuk mengelak
            penyalahgunaan rangkaian oleh mana-mana pihak bagi tujuan komersial
            khususnya penjualan pornografi dan pedofilia.
            Bagi pindaan Seksyen 211 pula, ia tidak terpakai kepada orang awam, tetapi
            penggunaannya adalah kepada pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan
            Aplikasi Kandungan (CASP) dengan denda dalam seksyen berkenaan
            diselaraskan mengikut perkembangan semasa.
            Pindaan itu juga memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tempoh
            lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya, bagi kesalahan
            yang dilakukan terhadap kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.

            Menerusi pindaan itu, Seksyen 211 menggantikan perkataan “kandungan
            jelik” dengan perkataan “kandungan yang sumbang dan lain-lain” manakala
            dalam Seksyen 211 (b)(1) memotong perkataan “atau orang lain yang
            menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan” serta menggantikan
            perkataan “jelik” dengan perkataan “jelik melampau”.
            Seksyen 211(c) pula antaranya menggantikan perkataan “seseorang”
            dengan perkataan “pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan” selain
            menggantikan perkataan “lima puluh ribu” dengan perkataan “satu juta”.







         2  |  INISIATIF SEJAHTERA MALAYSIA MADANI 2025
   1   2   3   4   5   6   7