Page 3 - Inisiatif Sejahtera Malaysia MADANI Siri 1/2025 - Rang Undang-Undang
P. 3

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025




                   Tarikh Lulus      Tarikh Lulus     Tarikh Kuat Kuasa/
                  Dewan Rakyat      Dewan Negara           Status

                   5 Mac 2025        20 Mac 2025     Belum diumumkan


            Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen 2025  bertujuan
            mengembalikan semula autonomi pentadbiran Parlimen Malaysia
            yang telah dimansuhkan sejak 1992, selaras dengan prinsip pengasingan
            kuasa dalam sistem demokrasi berparlimen.

            Pindaan ini membolehkan Parlimen mengurus hal ehwal sumber manusia,
            kewangan dan pentadbiran secara bebas daripada campur tangan
            eksekutif melalui penubuhan Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP). Ia juga
            memperkenalkan model pentadbiran hibrid yang lebih telus dan cekap,
            sekali gus memperkukuh peranan Parlimen sebagai institusi penyemak
            dan pengimbang yang berwibawa.





































                                                       RANG UNDANG-UNDANG  |  3
   1   2   3   4   5   6   7   8