Page 7 - Inisiatif Sejahtera Malaysia MADANI Siri 1/2025 - Rang Undang-Undang
P. 7

Akta Perhimpunan Aman 2012

                                   (Akta 736)




                 Tarikh Lulus       Tarikh Lulus      Tarikh Kuat Kuasa/
                Dewan Rakyat       Dewan Negara            Status
              29 November 2011   20 Disember 2011   Dalam proses pindaan


            Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) ialah undang-undang yang
            memberikan hak kepada warganegara Malaysia untuk menganjurkan
            dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata, selaras
            dengan prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara. Akta ini menetapkan
            tanggungjawab penganjur dan peserta perhimpunan, serta peranan
            pihak polis dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.
            Pada 13 Februari 2025, kerajaan bersetuju meminda akta ini untuk
            memudahkan penganjuran perhimpunan aman, termasuk
            menghapuskan keperluan mendapatkan persetujuan pemilik lokasi
            perhimpunan seperti yang terkandung dalam Seksyen 11 Akta 736 serta
            notis pemberitahuan kepada polis lima hari sebelum perhimpunan
            diadakan.































                                                       RANG UNDANG-UNDANG  |  7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12