Page 6 - Inisiatif Sejahtera Malaysia MADANI Siri 1/2025 - Rang Undang-Undang
P. 6

RUU Pembaharuan Semula Bandar





              Tarikh Lulus Dewan Rakyat
                                            Tarikh Lulus    Tarikh Kuat Kuasa/
                                           Dewan Negara          Status
                Belum dibentang,
                dijangka Julai 2025             -          Belum dikuat kuasa
              Dalam proses semakan oleh
               Jabatan Peguam Negara


            RUU Pembaharuan Semula Bandar digubal untuk menyediakan kerangka
            undang-undang bagi membolehkan pembangunan semula kawasan
            bandar yang usang, terbengkalai atau tidak selamat dilaksanakan
            secara lebih tersusun dan adil.

            Akta ini meliputi pembaharuan semula bandar, penjanaan semula bandar,
            penyegaran semula bandar dan pemuliharaan bandar.

            RUU ini menetapkan ambang persetujuan pembangunan yang lebih
            wajar antara 80% sehingga 90%. Antara parameter yang akan diambil
            kira termasuk usia bangunan, keselamatan dan kekukuhan bangunan
            berdasarkan perakuan jurutera bertauliah dan isu sosial disebabkan
            keusangan bangunan.






























         6  |  INISIATIF SEJAHTERA MALAYSIA MADANI 2025
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11