Page 11 - Inisiatif Sejahtera Malaysia MADANI Siri 3/2025 Perdagangan dan Pelaburan Malaysia
P. 11

Kerjasama Malaysia-Rusia terus diperkukuh dengan perbincangan
            bersama 24 syarikat Rusia yang berminat meluaskan operasi mereka di
            Malaysia. Sektor utama seperti koko dan minyak sawit kekal sebagai fokus
            utama, sementara industri kimia, perabot, peruncitan, pembangunan
            infrastruktur, serta kecerdasan buatan (AI) menawarkan peluang baharu
            untuk memperluas kolaborasi ekonomi antara kedua-dua negara.

            Pada tahun 2024, Rusia merupakan rakan dagang kesembilan terbesar
            Malaysia dalam kalangan negara Eropah, dengan jumlah dagangan
            mencapai RM11.46 bilion (USD2.48 bilion). Eksport utama Malaysia ke
            Rusia merangkumi produk elektrik dan elektronik, jentera, peralatan
            dan alat ganti, serta makanan yang diproses, mencerminkan hubungan
            perdagangan yang kukuh dan berdaya saing.










































                                         PERDAGANGAN DAN PELABURAN MALAYSIA  |  11
   6   7   8   9   10   11   12