Page 8 - Inisiatif Sejahtera Malaysia MADANI Siri 3/2025 Perdagangan dan Pelaburan Malaysia
P. 8
15 - 17 April 2025
Lawatan Presiden Republik China ke Malaysia
Malaysia dan China terus memperkukuh hubungan perdagangan dengan
pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MoU) baharu yang
membuka peluang lebih luas dalam perdagangan dan perkhidmatan.
Projek “Two Countries, Twin Parks” turut dinaik taraf, selain memperkukuh
kerjasama dalam penyeragaman dasar bagi membolehkan China melabur
lebih banyak dalam sektor teknologi, terutamanya kecerdasan buatan
(AI) dan semikonduktor.
Sebagai rakan dagang utama Malaysia selama lebih 16 tahun berturut-turut,
China bukan sahaja kekal sebagai antara pelabur terbesar negara, malah
terus memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Sejak 2009, China telah menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia, dan
pada 2024, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara mencapai
RM484.12 bilion, mewakili 16.8 peratus daripada jumlah keseluruhan
perdagangan global Malaysia yang bernilai RM2.88 trilion.
8 | INISIATIF SEJAHTERA MALAYSIA MADANI 2025

