Page 6 - Inisiatif Sejahtera Malaysia MADANI Siri 3/2025 Perdagangan dan Pelaburan Malaysia
P. 6
21 - 22 Januari 2025
Lawatan Kerja Perdana Menteri ke Switzerland
Malaysia terus memperkukuh inisiatif dalam perdagangan dan
pelaburan dengan persetujuan syarikat korporat Fortescue
untuk melabur dalam tenaga alternatif hidrogen hijau di
Sarawak. Pelaburan ini dijangka memberi impak besar terhadap
pembangunan tenaga bersih dan mampan di negara ini.
Selain itu, Malaysia turut mengadakan pertemuan dengan syarikat-
syarikat global bagi membincangkan isu kecerdasan buatan (AI)
dalam bidang perubatan dan pendidikan yang membuka ruang
kepada kerjasama teknologi yang lebih inovatif.
Sebagai sebahagian daripada keutamaan dan inisiatif strategik
negara, Malaysia terus meneroka peluang-peluang kerjasama
untuk memperkasa ekonomi dan memastikan daya saing negara
kekal tinggi di peringkat global.
6 | INISIATIF SEJAHTERA MALAYSIA MADANI 2025

