Page 7 - Inisiatif Sejahtera Malaysia MADANI Siri 3/2025 Perdagangan dan Pelaburan Malaysia
P. 7
18 - 20 Februari 2025
Lawatan Perdana Menteri ke Bahrain
Economic Development Board (EDB) Bahrain bersedia menjadi
pemudah cara bagi syarikat Malaysia untuk melabur di Timur
Tengah, sementara Malaysia ingin mendalami pengalaman Bahrain
dalam pengendalian mata wang kripto.
Pada tahun lalu, Bahrain merupakan rakan dagang kesembilan
terbesar Malaysia di Asia Barat, manakala Malaysia ialah rakan
dagang ketiga terbesar Bahrain dalam kalangan negara ASEAN
dan ke-18 terbesar di peringkat global pada 2023.
Berdasarkan statistik 2024, jumlah perdagangan antara Malaysia
dan Bahrain mencapai RM1.19 bilion, dengan eksport sebanyak
RM251.2 juta dan import sebanyak RM934.3 juta, menunjukkan
potensi besar untuk kerjasama ekonomi yang lebih erat.
PERDAGANGAN DAN PELABURAN MALAYSIA | 7

