Page 6 - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 Kementerian Komunikasi
P. 6
Sekapur Sirih
MENTERI KOMUNIKASI
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam hormat dan Salam Malaysia MADANI
Syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan izin-Nya kerana kita
sekali lagi diberikan kesempatan untuk meraikan para penerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Komunikasi.
Syabas dan tahniah kepada kesemua 687 penerima APC Kementerian
Komunikasi Tahun 2025 yang melibatkan 535 penerima zon Semenanjung,
68 penerima zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan serta 84
penerima zon Sarawak.
Jumlah ini mencerminkan komitmen, dedikasi dan kecemerlangan warga
kementerian dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada
negara.
Pemilihan penerima APC bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap calon
dinilai secara teliti dan telus bagi memastikan mereka benar-benar layak,
berdasarkan sumbangan signifikan serta prestasi cemerlang kepada
organisasi.
APC bukan sekadar penghargaan, malah menjadi simbol komitmen, dedikasi dan budaya kerja berprestasi tinggi dalam
perkhidmatan awam.
Pengiktirafan ini turut membuktikan bahawa usaha, pengorbanan dan iltizam warga kerja Kementerian Komunikasi sentiasa
dihargai, sekali gus berperanan sebagai tonggak penting untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Saya berharap penghargaan ini menjadi pemangkin kepada peningkatan mutu perkhidmatan, pengukuhan budaya inovasi
serta integriti dalam kalangan seluruh warga Kementerian Komunikasi, agar terus melakar kecemerlangan demi agama,
bangsa dan negara.
FAHMI FADZIL
i

