Page 8 - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 Kementerian Komunikasi
P. 8

Sekalung Bicara



                                                  KETUA SETIAUSAHA
                                                  KEMENTERIAN KOMUNIKASI



                                                  Salam hormat dan Salam Malaysia MADANI.


                                                  Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
                                                  kurnia-Nya, Majlis  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian
                                                  Komunikasi dapat dijayakan pelaksanaannya sebagai tanda penghargaan dan
                                                  pengiktirafan kepada 687 warga kerja kementerian, jabatan dan agensi yang
                                                  telah menunjukkan prestasi cemerlang, komitmen tinggi serta dedikasi luar
                                                  biasa dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sepanjang tahun
                                                  penilaian 2025.


                                                  Penganugerahan ini bukan sekadar simbol penghormatan, malah menjadi
                                                  manifestasi penghargaan dan pengiktirafan kerajaan terhadap usaha
                                                  gigih penjawat awam di Kementerian Komunikasi dalam memperkukuh
                                                  penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Kecemerlangan yang dizahirkan
                                                  oleh para penerima membuktikan bahawa budaya kerja berintegriti,
                                                  profesional dan berorientasikan prestasi mampu menjadi pemangkin kepada
                                                  kejayaan organisasi menjayakan aspirasi Kerajaan Malaysia MADANI.


           Selaras dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam, setiap warga kementerian perlu terus memperkukuh budaya
           inovasi, meningkatkan kecekapan serta mengamalkan tadbir urus yang responsif dan berimpak tinggi. Dalam mengurus
           komunikasi strategik, kementerian memerlukan warga kerja yang dinamik, kreatif dan bersedia mendepani cabaran
           baharu demi memastikan perkhidmatan kerajaan kekal relevan serta diyakini rakyat.

           Semoga pengiktirafan ini menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada seluruh warga Kementerian Komunikasi untuk
           terus melakar kecemerlangan, memperkukuh semangat berpasukan dan memberikan perkhidmatan terbaik demi
           kemajuan organisasi, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.


           Terima kasih atas khidmat bakti yang cemerlang dan tahniah kepada penerima APC 2025.

           ABDUL HALIM HAMZAH




           iii
                                                                 ii
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13