Page 7 - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 Kementerian Komunikasi
P. 7
Seulas Pinang
TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI
Salam hormat dan Salam Malaysia MADANI,
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada 687 warga
Kementerian Komunikasi (KK) yang terdiri daripada warga kementerian,
jabatan dan agensi di bawah KK atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang (APC) bagi tahun 2025.
Pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi, integriti dan komitmen tinggi
saudara saudari dalam melaksanakan amanah demi memastikan
penyampaian perkhidmatan awam yang terbaik kepada rakyat dan negara.
Saya percaya, di sebalik kejayaan ini terdapat pelbagai pengorbanan masa,
tenaga dan usaha yang dicurahkan sepanjang menjalankan tanggungjawab
harian. Semangat dan kesungguhan anda membuktikan bahawa
kecemerlangan itu mampu dicapai dengan usaha berterusan dan disiplin
yang tinggi.
Saya berharap pengiktirafan ini akan terus menjadi pembakar semangat
buat seluruh warga KK, agar terus meningkatkan mutu kerja, memperkukuh
budaya inovasi dan memperluas sumbangan kepada organisasi, masyarakat
dan negara.
Sekali lagi, tahniah kepada semua penerima APC 2025. Teruskan menjadi inspirasi kepada rakan sekerja dan
bersama-sama kita membawa Kementerian Komunikasi ke arah yang lebih progresif, berintegriti dan berwibawa.
Sekian, terima kasih.
TEO NIE CHING
ii

