Page 9 - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 Kementerian Komunikasi
P. 9
Seuntai Madah
SETIAUSAHA BAHAGIAN KANAN (PENGURUSAN)
KEMENTERIAN KOMUNIKASI
Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Malaysia MADANI.
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya jua, dapat
dianjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian
Komunikasi Tahun 2025, bagi mengiktiraf warga KK yang telah
memberikan prestasi terbaik dan cemerlang sepanjang tahun 2025.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua pihak yang
telah berusaha dengan penuh komited bagi menjayakan majlis ini, yang
akan turut diadakan di Zon Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan dan Zon
Sarawak kelak.
Kepada para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KK Tahun
2025, syabas dan tahniah diucapkan. Semoga pengiktirafan ini menjadi
pembakar semangat kepada kita semua untuk lebih cemerlang dalam
memberi perkhidmatan terbaik kepada keluarga Malaysia pada masa
hadapan.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada semua jawatankuasa, petugas dan semua pihak yang
telah bertungkus-lumus dan memainkan peranan penting dalam menjayakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Tahun 2025 Kementerian Komunikasi ini.
Sekian, terima kasih.
AMINURRAHIM MOHAMED
Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan)
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025
iv

