Page 12 - Geng Klik Siri 3/2021
P. 12
Kenali Tokoh

Dato MaharajaLela

Pandak Limo bin Machang Lela Tok
Mahmud adalah nama sebenar
buat individu yang memegang
gelaran Dato Maharaja Lela di
Pasir Salak. Beliau berketurunan
Daeng Salili, putera Raja Bugis yang
berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi.
Darah pahlawan Bugis yang berani
semestinya mengalir di dalam dirinya.

Seperti Daeng Selili, Pandak Limo juga
telah menerima gelaran yang sama
iaitu Dato Maharaja Lela dan beliau
punyai peranan yang amat penting
dalam menentang kerajaan British di
negeri Perak.

Dato Maharaja Lela ialah Orang
Besar Kelapan Perak dan merupakan
seorang penghulu di Pasir Salak yang
begitu dihormati oleh penduduk.
Keprihatinan Dato Maharaja Lela
dalam membela nasib rakyat dan
menghalang gangguan British telah
mendapat sokongan ramai.

Pada 14 Disember 1874, J.W.W. Birch telah dilantik sebagai
Residen Negeri Perak selepas termetrainya Perjanjian Pangkor
pada 20 Januari 1874. J.W.W. Birch diberi tugas sebagai
penasihat kepada semua perkara dalam pentadbiran negeri
Perak kecuali perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama
Islam dan adat istiadat Melayu.

12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17