Page 16 - Geng Klik Siri 3/2021
P. 16
MPPAUTUZSLEIJAUAURMAPHPIENRAANNGG
(PENANG WAR MUSEUM)

Muzium Perang Pulau Pinang (Penang War Museum) pada asalnya
merupakan sebuah Kubu Pertahanan British yang dibina pada
tahun 1930 oleh pihak British di bawah penyeliaan The Royal British
Engineers dengan menggunakan tenaga buruh tahanan-tahanan
pihak British yang dibawa dari penjara-penjara koloni daripada
tanah jajahan British yang lain. Pembinaan kubu perang ini siap
sepenuhnya pada Oktober 1939, dan merupakan persiapan pihak
British untuk menghadapi Perang Dunia Ke-2 di Malaya.

Dengan pemilihan lokasi

yang strategik, kubu

perang ini dibina di atas

Bukit Batu Maung (di

bahagian Tenggara Pulau

Pinang) dengan ketinggian

250 kaki dari paras laut.

Daripada kedudukan

tersebut, kubu perang ini

membolehkan pihak British

mengawasi hampir tiga

perempat Pulau Pinang

dan musuh dari laut. Selain

itu, kubu ini juga berfungsi

sebagai pertahanan laut

untuk melindungi Pulau

Pinang daripada musuh

yang datang dari arah

Utara Selat Melaka.

16
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21