Page 17 - Geng Klik Siri 3/2021
P. 17
bila tercetusnya Perang Dunia Ke-2 di Tanah Melayu, kubu
perang ini telah diambil alih oleh pihak Jepun dan dijadikan sebagai
Kem Tahanan (“Prisoners of war camp”). Lokasi strategik di Batu
Maung ini telah menjadikan kem ini beroperasi secara rahsia selama
3 tahun dan 8 bulan. Tahanan-tahanan perang yang dianggap
aset oleh pihak Jepun akan dibawa ke kem ini dan diseksa untuk
mendapatkan maklumat.

Dengan keluasan tapak kubu perang
sebanyak 20 ekar, pada hari ini, Muzium
Perang Pulau Pinang memaparkan
sebanyak 37 buah peninggalan perang
yang mengandungi terowong bawah
tanah dan lengkap dengan sistem
pengudaraan, tempat penyimpanan
senjata, menara tinjau, berek-berek
askar, tapak meriam, rumah memasak
dan banyak lagi.
Sejak pengunduran Jepun dari Tanah
Melayu, kubu ini kekal menjadi rahsia
dan telah berubah menjadi monumen

17
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22