Page 14 - Geng Klik Siri 3/2021
P. 14
Pada 7 November 1875, Inggeris telah menghimpunkan satu
angkatan tentera yang besar lalu menyerang Pasir Salak tetapi
tidak berjaya. Menyedari akan tentangan orang-orang Melayu
yang begitu hebat, pihak berkuasa Inggeris di Negeri-negeri
Selat telah meminta bantuan tentera dari India dan Hong
Kong. Serangan kedua dilancarkan dengan menggunakan
kapal perang dan askar-askar yang lengkap bersenjata
serta berjaya menawan Pasir Salak pada 15 November 1875.
Sesungguhnya pembunuhan J.W.W. Birch ini telah dijadikan
alasan utama dan memberi peluang keemasan kepada
penjajah Inggeris mencerobohi dan menakluki negeri Perak
menggunakan kekerasan tentera.
Pada 3 Mac 1876, satu perbicaraan telah diadakan di Bandar
Baru, Perak ke atas Seputum, Che Gondah dan Ngah Ahmad
yang dituduh membunuh J.W.W. Birch. Ketiga-tiga tertuduh
ini telah dibicarakan di hadapan Raja Deris yang dilantik
oleh Sultan Abdullah untuk menghakimi perbicaraan itu.
Setelah mendengar keterangan daripada saksi-saksi, Raja
Deris menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas
Seputum dan hukuman penjara seumur hidup ke atas Che
Gondah dan Ngah Ahmad. Dato Maharaja Lela telah diburu dan
akhirnya ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung sampai
mati pada 20 Januari 1877 kerana merancang pembunuhan
tersebut.
14