Page 15 - Jalur Gemilang
P. 15

CARA MENGIBARKAN

        JALUR GEMILANG





        Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Oleh yang
        demikian, menaikkan dan menurunkannya hendaklah dalam keadaan tertib
        dan cara yang sopan.

         i)  Sebelum menaikkan  Jalur  Gemilang,  ujilah tali temali  bendera  bagi
           memastikan  tali teguh  dan tidak mudah  putus  hingga menyebabkan
           Jalur Gemilang  jatuh atau bergerak berayun-ayun tidak tentu kibarannya.


         ii)  Sebelum Jalur Gemilang dinaikkan, pastikan bendera dalam keadaan yang
           baik dan tidak terbalik.

        iii)  Mereka  yang menaikkan  dan menurunkan  Jalur  Gemilang  hendaklah
           berpakaian kemas.

        iv)  Menaikkan dan menurunkan Jalur Gemilang  hendaklah dengan tertib iaitu
           perlahan-lahan. Apabila mengibarkan bendera  separuh tiang,  bendera
           hendaklah dinaikkan sepenuhnya dahulu dan kemudian menurunkannya
           separuh  tiang. Apabila menurunkan bendera separuh  tiang, langkah
           pertama ialah menaikkan  semula  bendera   tersebut sepenuhnya  dan
           kemudian menurunkannya terus.

         v)  Jalur  Gemilang janganlah diletakkan  di  tanah  semasa hendak
           menaikkannya.


        vi)  Jalur  Gemilang  janganlah  dibiarkan  meleret ke tanah sewaktu
           menurunkannya tetapi hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu
           apabila sampai ke bawah.


       vii)  Selepas  digunakan,  Jalur  Gemilang   hendaklah dilipatkan  dan disimpan
           dengan baik di tempat tertentu supaya tidak dilangkahi dan sebagainya.









                                                                             15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20