Page 14 - Jalur Gemilang
P. 14

BANNER MALAYSIA
             (Bendera Jenis Gegantung)



                                      Kerajaan  telah memutuskan  Banner  Malaysia
                                      hendaklah  mempunyai  satu reka  bentuk  sahaja
                                      yang telah ditetapkan melalui Surat Pekeliling Am
                                      Jabatan Perdana Menteri Bilangan 1 Tahun 1990:
                                      Penyeragaman Rekabentuk Banner Malaysia.

                                      Banner Malaysia ini hendaklah membujur dari atas
                                      ke bawah dan mempunyai dua bahagian iaitu:-

                                             Bahagian Atas
                                             Mengandungi  bulan dan bintang
                                             berwarna  kuning yang  menghala  ke
                                             atas berlatarbelakangkan warna biru.

                                             Bahagian Bawah
                                             Mengandungi  14  jalur merah  putih
                                             membujur dari atas ke bawah. Bentuk
                                             ekor di bawahnya  adalah berukuran
                                             1/8 daripada panjang Banner Malaysia.

                                      Warna yang digunakan hendaklah warna-warna
                                      yang sama dengan Jalur Gemilang iaitu merah,
                                      putih, biru dan kuning.

                                      Ukuran biasa bagi Banner Malaysia ini ialah 12 kaki
                                      panjang dan 3 kaki lebar pada nisbah 4:1.














      14
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19