Page 18 - Jalur Gemilang
P. 18

MENGHORMATI

        JALUR GEMILANG





          a. Sebagai Lambang Kebesaran dan Kedaulatan Negara




























           Jika anda seorang awam yang memakai baju melayu dan bersongkok,maka
           hendaklah berdiri tegak dengan kedua-dua belah tangan diluruskan ke bawah
           dan sebaik-baiknya digenggam kemas serta rapat ke badan.

           Jika  anda seorang  awam  yang  memakai  topi (selain  topi  rasmi  anggota
           beruniform)  maka  topi tersebut mestilah dibuka dan dipegang dengan
           tangan  kanan  serta diletakkan  ke  dada sebelah  kiri.  Tangan  kiri pula
           diluruskan ke bawah dan sebaik-baiknya digenggam kemas serta rapat ke
           badan.

           Jika anda seorang awam dan memakai lain-lain pakaian, anda juga mestilah
           berdiri  tegak dengan kedua-dua  belah tangan diluruskan ke bawah dan
           sebaik-baiknya digenggam kemas serta rapat ke badan.

           Jika  orang kelainan  upaya (OKU) yang berkerusi roda, seeloknya  duduk
           dengan  keadaan  kepala  dan badan ditegakkan  jika  berkemampuan,
           kedua-dua belah tangan di atas peha dan kaki dirapatkan.
      18
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23