Page 17 - Jalur Gemilang
P. 17

MASA

             i)  Tradisi mengibarkan bendera  adalah apabila  matahari terbit dan
                diturunkan pada  waktu matahari  terbenam. Tradisi ini  telah
                menjadi  amalan  antarabangsa semenjak  beratus tahun terdahulu
                terutamanya dalam Angkatan Tentera Malaysia.

            ii)  Kerajaan  Persekutuan  telah memutuskan  supaya Jalur Gemilang
                dikibarkan di  bangunan-bangunan  Persekutuan mengikut waktu
                pejabat biasa  dan  dikibarkan  terus menerus  (overnight)  sekiranya
                hari berikutnya  ialah  Hari  Kebesaran/cuti  umum yang ditetapkan
                untuk bendera dikibarkan.

           iii)  Pengibaran Jalur Gemilang di sekolah-sekolah pula adalah pada waktu
                bermulanya kelas  pertama  dan menurunkannya  selepas  kelas
                terakhir tamat.

            iv)  Jalur Gemilang  hendaklah  dikibarkan  sepanjang  hari di  atas  kapal,
                feri dan bot.



























                                                                             17
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22