Page 4 - Jalur Gemilang
P. 4

PENGENALAN



        Bendera  adalah lambang kepimpinan,  simbol penghormatan,  martabat,
        kekuasaan  dan kedaulatan  bagi sesebuah  negara.  Setiap negara  mempunyai
        bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah
        DLU   0HUXMXN  .DPXV  'HZDQ  (GLVL  .HHPSDW   EHQGHUD  GLGH˃QLVLNDQ  VHEDJDL
        sepotong kain (lazimnya  segi empat bujur) yang ada reka bentuk tertentu,
        digunakan  sebagai lambang sesebuah  negeri  atau sebagai isyarat mahupun
        panji-panji.


                                               BENDERA PERSEKUTUAN
                                                           TANAH MELAYU

        Persekutuan  Tanah  Melayu telah dibentuk  pada
        tahun 1948. Satu pertandingan mereka cipta bendera
        peringkat kebangsaan telah diadakan dan dikelolakan
        oleh satu Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan pada
        bulan Mei 1948. Jawatankuasa ini telah  menerima
        sebanyak 373 corak reka bentuk bendera dan telah
        dikemukakan kepada Majlis Perundangan Persekutuan
        pada 15 November 1949 untuk dibuat pertimbangan
        dan pemilihan. Dari jumlah tersebut, hanya tiga pilihan
        reka bentuk yang berjaya dipilih ke peringkat akhir
        dan rekaan oleh Mohamed bin Hamzah, arkitek dari
        Jabatan  Kerja Raya Johor telah mendapat pilihan
        majoriti.  Pihak Majlis Perundangan  Persekutuan
                                                              Pereka Bendera
        telah meminta untuk pindaan  dibuat terhadap      Persekutuan Tanah Melayu
        bintang pecah lima kepada bintang pecah  11 bagi   Mohamed bin Hamzah
        menunjukkan  perpaduan 11 negeri  sebelum  dibawa   (05.03.1918-19.02.1993)
        ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

       Pemilihan  bendera  ini  telah mendapat  perkenan  daripada Mesyuarat
       Majlis  Raja-Raja pada 22 dan  23 Februari 1950 setelah dibuat beberapa
       pindaan antaranya pada warna bulan sabit dan bintang dari warna putih ke
       warna kuning bagi melambangkan warna diraja . Akhirnya pada 19 April 1950,
       Majlis  Perundangan  Persekutuan  telah meluluskan  usul yang dibentangkan
       oleh  Pemangku Ketua  Setiausaha  Negara mengenai  Bendera  Persekutuan
       Tanah Melayu, seperti yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu.

       Sumber: Jalur Gemilang. (2008). Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.
      4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9