Page 9 - Jalur Gemilang
P. 9

HAK MENGIBARKAN JALUR
        GEMILANG



        Setiap rakyat berhak mengibarkan  Jalur  Gemilang  dengan  syarat mengikut
        arahan atau panduan yang ditetapkan. Jalur Gemilang perlu dikibarkan secara
        tertib sebagai lambang kebesaran dan kedaulatan negara sama ada sewaktu
        menaikkan  atau menurunkannya.  Sebelum mengibarkan  Jalur  Gemilang,
        faktor tempat, masa, saiz bendera, tiang dan susunan bendera sekiranya lebih
        dari satu jenis bendera perlu diketahui bagi mengelakkan kesalahan protokol
        mengibarkannya.

        Mengikut arahan  Jabatan Perdana Menteri melalui  Surat  Pekeliling  Am
        Bilangan 3 Tahun 1994 : Pengibaran Bendera Malaysia Di Bangunan-Bangunan
        Persekutuan  Di Seluruh  Negara, pejabat-pejabat Kerajaan  Persekutuan,
        Badan-badan Berkanun Persekutuan, Pihak  Berkuasa Kerajaan Tempatan
        Persekutuan   diwajibkan   mengibarkan   Bendera    Persekutuan  iaitu
        Jalur Gemilang. Selain itu, orang ramai digalakkan mengibarkan Jalur Gemilang
        di kediaman, premis-premis perniagaan, kedai-kedai dan gerai-gerai.

        Pekeliling  ini juga  menetapkan Jalur  Gemilang hendaklah  dikibarkan pada
        hari-hari bekerja, Hari Kebesaran Persekutuan dan Hari Kebesaran Negeri.
        Walau bagaimanapun,  Jalur  Gemilang  boleh dikibarkan  pada  bila-bila  masa
        dan di mana-mana  selagi kesesuaian  dan kehormatan terhadap  bendera
        terpelihara.


                                                                             9
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14