Page 6 - Jalur Gemilang
P. 6

MAKSUD LAMBANG DAN WARNA PADA BENDERA
        PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
        Bendera  ini  berukuran 6 kaki  lebar dan 3 kaki  panjang dengan  enam  jalur
        berwarna merah dan lima jalur berwarna putih.
        Sebelas jalur ini melambangkan perpaduan sebelas buah negeri Persekutuan
        iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka,  Negeri Sembilan, Pahang, Perak,
        Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu.
        Warna merah,  putih  dan  biru melambangkan  negara ini  adalah
        sebuah negara Komanwel.
        Warna  kuning di bulan dan bintang melambangkan  warna  diraja yang
        menandakan  kedaulatan  Sultan-sultan Negeri Tanah  Melayu yang juga
        sebagai Ketua Agama Islam.
        Bulan  dan bintang  melambangkan  agama Islam sebagai agama bagi
        Persekutuan Tanah Melayu.
        Bintang pecah  sebelas melambangkan  perpaduan dan kerjasama  antara
        negeri-negeri.

        BENDERA MALAYSIA

        Bendera  Malaysia  berasal daripada Bendera  Persekutuan  Tanah  Melayu.
        Percantuman  Sabah, Sarawak  dan  Singapura dengan  Persekutuan  Tanah
        Melayu telah menjadikan  penambahan  pada jalur  dan bintang pecah dari
        11 kepada 14 yang menunjukkan 14 buah negeri bermula 16 September 1963
        dengan  nama  baharu  negara  iaitu Malaysia.  Walaupun Singapura telah
        keluar daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang
        pecah 14 terus dikekalkan sehingga hari ini yang melambangkan keanggotaan
        yang  sama  dalam persekutuan  13  buah negeri  dan  Kerajaan  Persekutuan
        (terdiri daripada  Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur,  Wilayah Persekutuan
        Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya).













                                    Bendera Malaysia
                                      (1963-terkini)
        Sumber: Jalur Gemilang. (2008). Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.
      6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11