Page 77 - Manual Perhubungan Awam
P. 77
PENGURUSAN RISIKO

a) Penilaian Risiko Keselamatan Maklumat Sektor Awam

Penilaian Risiko Keselamatan Maklumat Sektor Awam bertujuan membolehkan sektor awam mengukur,
menganalisis tahap risiko aset maklumat dan seterusnya mengambil tindakan untuk merancang dan mengawal
risiko.
Kerajaan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun 2005 : Garis Panduan Penilaian Risiko
Keselamatan Maklumat Sektor Awam bagi memaklumkan kepentingan dan cara melaksanakan penilaian risiko
keselamatan maklumat di sektor awam. Garis Panduan Penilaian Risiko Keselamatan Maklumat Sektor Awam
ini menyediakan kaedah dalam penilaian risiko maklumat supaya proses penilaian dapat dilaksanakan dengan
sistematik dan berkesan.

b) Garis panduan ini mempunyai dua (2) bahagian utama iaitu:

The Malaysian Public Sector Information Security High-Level Risk Assessment (HiLRA) Guide bertujuan memberi
panduan melaksanakan penilaian risiko maklumat untuk mendapatkan gambaran awal tahap risiko yang terdapat
dalam sistem maklumat agensi.
The Malaysian Public Sector Information Security Risk Assessment Methodology (MyRAM) bertujuan
menyediakan kaedah bagi melaksanakan penilaian risiko terperinci secara kualitatif terhadap aset ICT seperti
ancaman, kelemahan, impak dan kemungkinan berlaku musibah bagi setiap aset dalam skop yang telah
dipersetujui.

II. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Semua agensi Kerajaan hendaklah melaksanakan penilaian umum risiko ke atas sistem maklumat berpandukan
kaedah HiLRA. Sekiranya penemuan HiLRA menunjukkan agensi mempunyai tahap risiko aset maklumat yang
tinggi, maka penilaian risiko terperinci berpandukan kaedah MyRAM perlu dilaksanakan.
Memandangkan teknologi dan keperluan keselamatan maklumat sering berubah, maka Kementerian/Jabatan/
Agensi digalak melaksanakan penilaian risiko ke atas aset maklumat secara berkala untuk mendapat gambaran
mengenai tahap keselamatan secara berterusan.
Ketua-Ketua Jabatan hendaklah :
a) Memastikan penilaian risiko keselamatan maklumat dilaksanakan.
b) Mengambil tindakan susulan bagi mengurangkan risiko maklumat berdasarkan hasil penemuan penilaian

risiko yang dijalankan.

69M a n u a l P e r h u b u n g a n A w a m
Jabatan Penerangan Malaysia
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82