Page 78 - Manual Perhubungan Awam
P. 78
III. PELAN KOMUNIKASI DAN KRISIS
Pelan Komunikasi Krisis menyediakan polisi dan prosedur untuk mengkoordinasi komunikasi antara Kementerian/
Jabatan/Agensi termasuk pihak media, badan pengawal, pelanggan, pembekal dan pemegang taruh (stakeholder)
semasa berlakunya sesuatu krisis/bencana/isu kontroversial.
Sesuatu krisis/bencana/isu kontroversial perlu diberi penjelasan kepada pihak awam untuk menghalang dari
berlakunya ancaman kepada ketenteraman awam dan memastikan perkhidmatan kritikal sesuatu Kementerian/
Jabatan/Agensi itu diteruskan.
Pelan Komunikasi Krisis bukan sahaja bertujuan memberi respon terhadap hubungan
media dan komunikasi tetapi juga menyediakan prosedur dan tatacara tentang penubuhan
pusat komunikasi dan peranan ahli-ahli yang menganggotai Pasukan Komunikasi Krisis
(Crisis Communication Team – CCT). Pegawai Perhubungan Awam merupakan ahli CCT.
INFO
Dokumen Rujukan:
1. Malaysian Public Sector Management of Information & Communications Technology Security Handbook
(MyMIS).
2. Surat Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun 2005 - Garis Panduan Penilaian Risiko Keselamatan Maklumat
Sektor Awam.
3. Pelan Komunikasi Krisis Kementerian/Jabatan/Agensi.
70 M a n u a l P e r h u b u n g a n A w a m
Jabatan Penerangan Malaysia