Page 16 - Perpaduan Dalam Kepelbagaian
P. 16

Perpaduan
              Dalam
              Kepelbagaian



            Hari
                    Gawai




           Hari Gawai disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 Jun setiap tahun
           bagi menzahirkan rasa kesyukuran apabila selesai menuai.

                                          Tuai rumah akan membahagi-bahagikan
                                          tugas kepada penghuni rumah panjang,
                                          manakala kaum wanita pula menyediakan
                                          kuih-muih tradisional yang diperbuat
                                          daripada tepung beras, gula dan santan.

                                          Amalan ini mengeratkan perhubungan
                                          antara penghuni rumah panjang sekali gus
                                          meningkatkan rasa hormat -menghormati
                                          dalam kalangan masyarakat setempat.






                                         Tadau
                                                 Kaamatan


           Diraikan pada bulan Mei setiap tahun oleh masyarakat
           Kadazan-Dusun di Sabah dan turut dikenali sebagai pesta menuai.

           Satu keraian yang disambut selepas selesai menuai sebagai tanda
           kegembiraan serta kesyukuran dan
           dimeriahkan lagi dengan pelbagai
           aktiviti termasuk tarian Sumazau dan
           Megalang.

           Kemeriahan sambutan tersebut bukan
           sahaja dapat dirasai masyarakat
           Kadazan-Dusun, malah rakyat
           berbilang kaum.




                                          12
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21