Page 19 - Perpaduan Dalam Kepelbagaian
P. 19

Perpaduan
                                                                    Dalam
                                                               Kepelbagaian

          Hari

                 Thaipusam




                             Hari Thaipusam disambut masyarakat beragama
                              Hindu pada bulan Thai iaitu bulan ke-10 dalam
                               kalendar Tamil ketika waktu bulan penuh bagi
                               menghormati Dewa Murugan.
                                 Pada hari tersebut, sebahagian penganut akan
                                  membawa ‘kavadi’ sebagai tanda berterima
                                   kasih dan menunaikan nazar agar hajat
                                   mereka ditunaikan.  Upacara ini disambut


                                    secara meriah di Batu Caves, Selangor.
                                       Walaupun diraikan penganut Hindu,
                                        namun masyarakat pelbagai kaum
                                        termasuk pelancong asing turut sama
                                         berkunjung ke Batu Caves untuk
                                          melihat sendiri kemeriahan
                                           sambutannya.

                                            Pesta
                                                     Ponggal



         Diraikan pada bulan Thai dalam kalendar kaum India selama
         empat hari sempena berakhirnya musim menuai bagi
         menunjukkan rasa kesyukuran dengan kemakmuran yang diperolehi.
         Perayaan disambut dengan upacara
         memanaskan susu lembu dalam periuk tanah
         liat hingga menggelegak dan melimpah yang
         melambangkan rezeki melimpah-ruah.
         Sambutan pesta ini secara tidak langsung
         dapat mengeratkan tali persahabatan
         antara masyarakat di samping
         menghormati budaya kaum lain dan
         menggalakkan perpaduan.


                                          15
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24