Page 21 - Perpaduan Dalam Kepelbagaian
P. 21
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Roti Canai
Hidangan ringkas dan
enak ini merupakan
antara makanan
terkenal masyarakat
India yang biasanya
disajikan
bersama-sama kuah
dal, kari atau gula.
Pada asalnya makanan
ini hanya diperbuat
daripada campuran
tepung gandum,
minyak dan air, namun
ia berevolusi mengikut
peredaran zaman
dengan pelbagai variasi
dan kini ia bukan
sahaja menjadi juadah
harian masyarakat
India, malah pelbagai
kaum di negara ini.
Diperbuat daripada
tepung jagung, tepung
gandum dan campuran
isi udang, daging atau
ayam serta sayuran,
dim sum kebiasaannya
dihidang pada waktu
sarapan pagi, makan
tengah hari mahupun
minum petang.
Makanan tradisional
masyarakat Cina ini
bukan sahaja
dihidangkan di restoran,
malah terdapat di pasar
raya dalam bentuk
sejuk beku yang boleh
dinikmati segenap
lapisan masyarakat
pada bila-bila masa sahaja.
Dim Sum
17

