Page 18 - Perpaduan Dalam Kepelbagaian
P. 18

Perpaduan
              Dalam
              Kepelbagaian

           Hari Raya

                      Aidiladha




              Dikenali juga sebagai Hari Raya
              Haji kerana disambut ketika musim
              umat Islam mengerjakan ibadah
              haji iaitu Rukun Islam kelima.

              Hari kebesaran umat Islam itu
              disambut pada 10 Zulhijjah  iaitu
              bulan terakhir atau ke-12 dalam
              kalendar Hijrah bagi memperingati
              peristiwa yang berlaku antara Nabi
              Ibrahim dengan anaknya, Nabi
              Ismail.






                                        Hari
                                                  Wesak



                                      Perayaan terpenting bagi penganut agama
                                      Buddha ini disambut pada bulan Mei setiap
                                      tahun yang melambangkan kelahiran,
                                      pencerahan agung dan kematian pengasas
                                      agama Buddha, Sidharta Gautama.
                                      Penganut agama Buddha akan berkunjung ke
                                      wat Buddha untuk bertafakur dan memberi
                                      penghormatan kepada Buddha bagi
                                      memperingati pengorbanan putera itu yang
                                      sanggup hilang segalanya demi mengenali
                                      kesusahan dunia.

                                      Pada hari tersebut, penganut turut digalakkan
                                      untuk melakukan derma kepada para sami dan
                                      memberi makanan kepada orang miskin.


                                          14
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23