Page 24 - Perpaduan Dalam Kepelbagaian
P. 24
Perpaduan
Dalam
Kepelbagaian
Mi Wantan
Hidangan kegemaran
masyarakat Cina ini
cukup ringkas tetapi enak
dengan hanya
menggaulkan mi yang
dicelur bersama-sama
kicap, minyak bijan dan
sos tiram. Dikenali juga
sebagai mi kicap wantan,
kebiasaannya ia dimakan
bersama-sama sup
wantan dan sayur sawi
celur.
Cara pembuatannya
yang ringkas dan
ditambah dengan
keenakan rasanya, mi
wantan turut menjadi
kegemaran masyarakat
berbilang kaum di
Malaysia.
Sejenis kek yang
mempunyai tekstur
lembut dan lembap ini
cukup sinonim dengan
Bumi Kenyalang.
Menjadi juadah wajib
setiap kali musim
perayaan di Sarawak,
kini ia turut popular di
seluruh negara dan
digemari oleh
masyarakat berbilang
kaum.
Kek Lapis
Sarawak
20

