Page 22 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 22

Infomesen | 22                                                        Pembangunan Ekonomi dan Sukan


                                                              DYLAN      SU:    RENANG,        BUDAYA       DAN
                                                              KEKELUARGAAN

                                                              Bagi atlet renang dari Labuan pula, Dylan Su Yu Herng
                                                              turut berkongsi kegembiraan beliau kerana diberi
                                                              kesempatan untuk mewakili Sabah dalam  acara
                                                              renang Borneo Games kali ini.

                                                                     Katanya, ia adalah kali kedua beliau mewakili
                                                              Labuan dalam sukan renang selepas penyertaan
                                                              pada tahun 2022.

                                                                     “Saya mula berenang sejak umur 8 tahun dan
                                                              keluarga saya sangat menyukai sukan ini dan memberi
                                                              dorongan kepada saya untuk aktif dan fokus kepada
                                                              sukan renang.

                                                                     “Untuk persediaan menghadapi Borneo
                                                              Games, saya menjalani latihan setiap hari, pada
                                                              sebelah pagi selama satu jam setengah dan sebelah
                                                              petang selama dua jam setengah serta turut tidak
                                                              ketinggalan sesi gim selama dua jam,” ujar Dylan.

                                                                     Tambahnya, beliau tidak terlalu fokus kepada
                                                              bab pemakanan cuma melebihkan untuk mengambil
                                                              protein dalam sukatan diet pemakanan.

                                                                     “Di Kuching, saya sempat mencuba Laksa
                                                              Sarawak dan Mi Kolok dan ianya sangat sedap
         Victor Yap Ka How (kanan), atlet Sabah yang berusia 16 tahun  manakala sebelum balik, saya mesti membeli Kek
                                                              Lapis sebagai buah tangan,” katanya lagi.
        VICTOR YAP: BINTANG MUDA BADMINTON                           Tambahnya lagi, walaupun di kolam renang
        SABAH                                                 mereka adalah bersaing namun di luar, mereka

                                                              sentiasa berkongsi cerita, bergelak ketawa dan
        Selain itu, apabila bertemu dengan seorang atlet      membawa harapan bersama.
        Badminton dari  Sabah,  Victor  Yap Ka  How, 16,
        meluahkan betapa gembiranya dia dapat mewakili               “Sarawak menjadikan temasya ini lebih
        Sabah dalam Borneo Games 2025 kali ini.               daripada sekadar sukan, ia tentang keluarga besar
                                                              Borneo,” ujar Dylan semasa ditemu ramah yang
               “Ini  kali pertama saya  bertanding  dalam     membawa pingat gangsa dalam acara renang
        Borneo  Games  dan  saya  sangat  gembira  dapat      men’s 4x200 freestyle relay.
        mewakili Sabah dan bersyukur akhirnya dapat
        membawa pingat perak ke Sabah.

               “Saya mula main badminton sejak umur enam
        tahun dan ia memang minat dari kecil dan seluruh
        keluarga saya aktif dalam sukan ini manakala idola
        saya ialah Lee Chong Wei dan Lin Dan yang saya
        selalu ikuti perkembangan sukan mereka,” katanya
        ketika berkongsi cerita beliau kepada penulis.

               Tambahnya, persediaan untuk Borneo Games
        memang padat dan setiap hari selepas balik sekolah,
        beliau akan berlatih dari pukul 6 petang sampai 10
        malam.

               “Kami datang sebagai pesaing, tapi pulang
        sebagai sahabat dan Sarawak berjaya menyatukan
        kami semua dalam semangat Borneo yang sebenar,”
        ujarnya lagi yang sangat berpuas hati dengan
        prestasinya dalam temasya kali ini.
                                                                   Dylan Su Yu Herng, 16, atlet renang mewakili Labuan
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27