Page 26 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 26

Infomesen | 26                                                        Pembangunan Ekonomi dan Sukan


               Namun, kejayaan ekonomi usahawan-
        usahawan tempatan ini bukanlah suatu kebetulan. Ia
        didukung oleh strategi bijak Lembaga Pelancongan
        Sarawak (STB) yang menggunakan Borneo Games
        sebagai pentas promosi budaya secara besar-
        besaran.

               Booth STB berjaya menjadi tumpuan utama
        melalui persembahan kebudayaan secara langsung
        yang mempamerkan tarian pelbagai kaum Sarawak,
        lengkap dengan kostum tradisional yang memukau.

               “Kami tidak sekadar menyediakan maklumat
        pelancongan, tetapi mencipta pengalaman budaya
        yang sukar dilupakan,” ujar Saga Jabat, Penyelaras
        Pelancongan.

               Pendekatan ini ternyata berkesan, berjaya
        menanam minat serta-merta dalam kalangan
        delegasi untuk meneroka destinasi ikonik negeri seperti
        Kampung Budaya Sarawak dan Semenggoh Wildlife
        Centre.

               Borneo Games 2025 akhirnya berjaya
        merakam satu naratif baharu, kejayaan penganjuran
        acara sukan serantau tidak semestinya diukur melalui           Baju burung reka moden dari Carlos Ahkim
        pingat emas semata-mata.

               Disebaliknya,    Sarawak    telah    berjaya
        memanfaatkan platform ini untuk melonjakkan
        ekonomi usahawan tempatan, mempromosikan
        warisan budaya yang unik dan seterusnya
        mengukuhkan  kedudukan  sebagai  hab  sukan,
        budaya dan pelancongan yang mustahak untuk
        dikunjungi.







































             Sharifah menunjukkan rantai batu yang bernilai RM350        Saga ketika ditemui di tapak pameran
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31