Page 19 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 19
Pembangunan Ekonomi dan Sukan 19 | Infomesen
“Walaupun ini merupakan pertama kali mengambil bahagian
dan agak keletihan, saya turut merasa seronok kerana sambil
bertugas, saya juga dapat menyaksikan sendiri atlet – atlet yang
bertanding. Saya juga dapat pengalaman bagaimana penganjuran
acara sukan dilakukan,” ujar Alexander.
“Jika diberi peluang bertugas sebagai sukarelawan mahupun
apa – apa sahaja tugas di dalam acara anjuran kerajaan negeri
mahupun kerajaan persekutuan lepas ini, saya sentiasa bersedia,”
tambah Alexander lagi.
Jackson Lim Kai Jie, pelajar kacukan Cina-Iban, berasal dari
Kedah yang juga salah seorang pelajar yang terlibat memberitahu
amat bertuah kerana dapat menyumbang tenaga sebagai Alexander (Kanan sekali barisan hadapan)
sukarelawan di Sukan Borneo 2025 ini. manakala Jackson ketiga dari kanan barisan
hadapan) bersama sebahagian rakan mereka
Sebelum ini, Jackson yang juga merupakan pelajar Tingkatan
Enam SMK Batu Kawa dan meminati subjek Sains Sukan pernah
menjadi Sukarelawan Para Sukma dan Sarawak Junior & Super Series
pada tahun ini.
“Disamping menyumbang tenaga sebagai Sukarelawan,
kami juga akan diberi Surat Penghargaan oleh pihak berkaitan
khasnya Majlis Sukan Negeri Sarawak dan ini amat berguna untuk
kerjaya masa depan,” ujar Jackson yang bercita – cita melanjutkan
pelajaran ke peringkat Universiti selepas tamat tingkatan enam kelak.
Cikgu Pui Tze Yang, 54 tahun yang juga merupakan Guru
Sains Sukan SMK Batu Kawa ketika ditemui memberitahu sekolahnya
memang selalu terlibat dalam aktiviti sukarelawan terutamanya
dalam bidang sukan yang dianjurkan di negeri Sarawak seperti
Sukma, Para Sukma dan kini Sukan Borneo pada tahun ini dan Cikgu Pui bersama dua orang pelajar wanita
beberapa lagi acara sukan akan datang.
“Untuk Sukan Borneo 2025 ini, seramai 50 orang pelajar terlibat
sebagai Pembantu Teknikal bagi sukan olahraga, kebanyakannya
lelaki yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Enam seramai 47 orang,
Tingkatan Empat seorang dan dua orang dari Tingkatan Tiga.
“Selain itu, seramai sembilan orang guru termasuk saya
sendiri, turut menyumbangkan tenaga dan masa kami demi
menjayakan temasya sukan ini,” ujar Cikgu Pui, seorang guru wanita
yang sememangnya amat berminat dan aktif dengan aktiviti sukan.
Menurutnya lagi, dengan melibatkan pelajar dengan
aktiviti sukarelawan sebegini, secara langsung mahupun tidak
langsung bukan sahaja memperluaskan pengalaman mereka di
luar bilik darjah, malah membina keyakinan diri serta meningkatkan Sekumpulan Sukarelawan lelaki SMK Batu Kawa
kebolehpasaran mereka dalam kerjaya masa depan. tengah melaksanakan tugas yang diarahkan
“Walaupun sibuk dengan tugas sebagai sukarelawan, kami
para guru tidak melupakan pelajaran pelajar kerana mereka yang terlibat ini turut dinasihatkan membawa
buku pelajaran mereka untuk ditelaah biar sekejap ketika waktu rehat,” tambahnya lagi.
Bagi kesemua pelajar yang terlibat, peluang yang diberikan ini pastinya akan dimanfaatkan sepenuhnya
untuk menimba pengalaman dan ilmu berharga yang bakal menjadi bekalan berguna dalam hidup mereka
kelak.
Apa yang pasti, penganjuran temasya di Borneo ini pastinya tidak akan mencapai kejayaaan tanpa
kerjasama mahupun penglibatan semua pihak. Masing-masing mempunyai peranan dan sumbangan
tersendiri walau sekecil manapun.

